web widgets

Rabu, 20 Ogos 2014

Diet Seimbang- Kurus Hanya dalam 1 Pinggan Makanan

Pemakanan yang seimbang merupakan makanan yang harus dimakan bukan sahaja untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal malah juga sangat penting bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan. Pemakanan yang seimbang ialah pemakanan yang mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan.
                 
Berdasarkan piramid makanan yang diketahui, seseorang individu yang ingin mengurangkan berat badan akan mendapat berat badan yang ideal jika mereka mengambil kuantiti makanan dan makanan yang mempunyai nutrient yang secukupnya diikuti dengan senaman secara berkala. Tahukah anda bahawa dalam sepinggan makanan perlu mengandungi jenis makanan di atas? Dalam setiap hidangan makanan perlu mengandungi karbohidrat, vitamin, protein dan lemak dan makanan yang sihat seharusnya mengandungi gizi tersebut. Bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan, mereka juga seharusnya mengambil makanan yang seimbang ini mengikut piramid makanan iaitu:

1. Karbohidrat (Aras 1)
Di dalam piramid makanan, makanan yang mengandungi karbohidrat adalah termasuk nasi, roti dan bijirin seperti jagung, gandum, bali, ubi kentang dan sebagainya. Makanan yang mengandungi karbohidrat ini perlu diambil kerana ia membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk melakukan tugas harian. Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, mereka juga tidak terlepas untuk mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat tetapi dalam kuantiti yang sedikit seperti segenggam nasi untuk makan tengah hari.  

2. Vitamin (Aras 2)
Dalam piramid makanan, vitamin merupakan makanan yang perlu kita ambil dalam kuantiti yang banyak untuk mencegah tubuh badan kita daripada penyakit. Makanan yang mengandungi vitamin juga merupakan makanan yang mengekalkan perjalan organ-organ dalam tubuh badan kita. Makanan yang terletak dalam kategori ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan jenis ini seharusnya diambil oleh semua individu termasuk individu yang ingin mengurangkan berat badan. Bagi anda yang infin mengurangkan berat badan, ada perlu melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam setiap hdangan anda.

3. Protein (Aras 3)
Protein ialah makanan yang membina makanan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Makanan yang mengandungi protein terdiri daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam dan sebagainya. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

4. Lemak, minyak, gula, garam (Aras 4)
Lemak, minyak, coklat, gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan. Makanan jenis ini tidak di ambil dalam kuantiti yang banyak kerana ia boleh memudaratkan tubuh badan jika ia diambil dalam kuantiti yang banyak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan