web widgets

Rabu, 20 Ogos 2014

Petua Purba # PENJAGAAN KULIT MUKA

PENJAGAAN KULIT MUKA
  1. Nak kulit muka licin, tiap-tiap malam pakai bedak sejuk. ( yang ni nenek buat sendiri dengan beras, sekarang banyak dah jual dimerata-rata tempat )
  2. Masa basuh muka setiap pagi baca selawat nabi, niat dalam hati nak sebersih muka nabi Yusuf, air diraut keatas. (nenek saya cakap kalau nak nampak berseri kenalah rajin ambik air sembahyang dan sembahyang, yang ni saya faham sebab dia nak kita jangan tinggal solat )
  3. Kena rajin makan buah tomato, makan ulam-ulaman mentah. ( ulam-ulaman ni memang terbukti banyak khasiatnya )
  4. Jangan selalu basuh muka bila cuaca panas, nanti cepat naik panau.
  5. Masker pakai lendir lidah buaya.
  6. Ambil air embun diwaktu pagi dan disapu kemuka ( yang ini saya tak pasti kenapa tapi biasalah orang tua-tua banyak petuanya )
  7. Sesekali wapkan muka dengan air rebusan nasi yang sedang menggelegak.
  8. Jerawat jangan dipicit dengan kuku. Ini boleh merosakkan kulit dan meninggalkan parut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan