web widgets

Rabu, 20 Ogos 2014

Retensi Air dalam Badan

Masalah yang selalu dihadapi oleh kebanyakan orang pada hari ini ialah apabila sesorang itu menghidap sintom gemuk air atau istilahnya retensi air. Gemuk air atau 'water retention' ini berpunca daripada kadar sodium di dalam yang badan tinggi dan tidak berupaya untuk dikeluarkan oleh badan. Oleh itu tubuh badan akan berasa amat berat dengan kandungan cecair yang berlebihan dan menyebabkan seseorang itu akan cenderung kepada penyakit obesiti. 

Cara mudah untuk mengenali jika anda adalah gemuk air apabila badan seakan lembik dan beralun. Jika ya, anda perlu untuk mengambil langkah langkah menghindari sintom gemuk air ini kerana pelbagai penyakit akan menyerang sistem tubuh. Antaranya mengakibatkan anda lebih mudah untuk mendapat penyakit darah tinggi lalu mengancam sistem buah pinggang dan juga terdedah kepada penyakit jantung. Jadi apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan gemuk air ini? 


Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan garam dan makanan yg masam kerana garam itu sendiri menyumbang kepada retensi air. Mereka yang banyak makan makanan bergaram akan lebih menyimpan banyak air.


Tingkatkan pengambilan air. 

Walaupun retensi air ini berpunca dari air itu sendiri, seseorang perlu meningkatkan pengambilan air kerana akan membersihkan toksin dan menyingkirkan cecair yang terperangkap dalam tisu badan dan juga membersihkan buah pinggang.


Lebihkan makanan yang berserat 
Makan yang berserat serta kaya kalsium dan magnesium untuk mengawal jumlah kandungan air yang terdapat dalam badan. Tambahan lagi, seeloknya untuk melebihkan pengambilan makanan bervitamin B kerana jenis jenis makanan tersebut akan juga menyingkirkan lebihan air dalam badan.

Akhir sekali, amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, serta lakukan banyak senaman kardio untuk tubuh mengeluarkan peluh. Toksin-toksin yang terkumpul akan lebih mudah dikeluarkan melalui senaman kardiovaskular. Harus juga diingatkan, dalam usaha untuk mengelakkan retensi air, adalah tidak disarankan untuk menyingkirkan sepenuhnya kandungan sodium dalam diet anda. Ini kerana sodium merupakan mineral yang membantu dalam mengembangkan otot dan mengawal cecair badan. Sebaiknya dapatkan nasihat pakar nutrisi sebelum memulakan sebarang aktiviti berdiet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan