web widgets

Rabu, 20 Ogos 2014

Peanut butter tidak menggemukan !

Betul ke mentega kacang tak menggemukkan? Boleh kurangkan berat badan juga? Bagaimana? Mungkin ini adalah antara soalan-soalan yang sering bermain di fikiran anda yang mengamalkan diet untuk mengurangkan berat badan. Individu yang berdiet untuk menurunkan berat badan mungkin tidak mengambil langsung mentega kacang ini dalam diet harian mereka. Hal ini kerana mereka percaya bahawa pengambilan mentega kacang dalam hidangan harian mereka akan menghalang penurunan berat badan disebabkan oleh kalori yang tinggi. Mungkin ia benar dan mungkin ia tidak. Sebenarnya, anda boleh mengambil mentega kacang dalam diet harian anda, tetapi dengan syarat ia mestilah organic dan "NO ADDED SUGAR"!

Apakah mentega kacang yang organic tanpa gula tambahan? Mentega kacang organic adalah mentega kacang yang segar dan hanya mengandungi satu bahan sahaja iaitu KACANG TANAH. Mentega kacang yang telah dicampur dengan bahan perisa, bahan pengawet yang lain serta gula tambahan bukan lagi dikenali sebagai mentega kacang organic. Jika seseorang individu mengambil mentega kacang yang telah dicampur dengan bahan-bahan lain, ternyata mereka tidak akan mendapat berat badan yang mereka ingini. Jadi, bagi individu yang ingin menurukan berat badan, anda dinasihatkan supaya mengambil mentega kacang yang organic sahaja.  Hal ini kerana mentega kacang organic mempunyai kandungan nutrient yang tidak menghalang penurunan berat badan.


1. Tidak mengandungi minyak berhidrogen
Mentega kacang organik tidak mengandungi minyak berhidrogen. Minyak berhidrogen adalah salah satu bahan yang mengandungi asid trans-lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh badan kita. Menurut American Heart Association, asid trans lemak ini boleh meningkatkan jumlah kolesterol dalam darah anda dan akan menyebabkan berlakunya pelbagai penyakit. Oleh itu, semua individu terutamanya yang ingin menurunkan berat badan dinasihati supaya mengamalkan mentega kacang yang organic sahaja. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, anda boleh mengamalkan mentega kacang organik sebanyak satu sudu besar dalam hidangan harian anda.


2. Tidak mengandungi gula
Antara bahan yang sering digunakan dalam kebanyakkan jenama mentega kacang adalah gula. Mentega kacang yang organik dan segar tidak mengandungi gula. Pengeluar menambah gula dalam mentega kacang untuk menjadikannya lebih manis. Walaupun rasanya sedap dengan tambahan gula, tetapi ia tidak memberi apa-apa khasiat dan hanya menyumbang kepada kandungan kalori yang tinggi. Menurut American Diabetes Association, gula berlebihan yang terdapat dalam mentega kacang boleh menyebabkan penyakit diabetes jenis 2. Oleh itu, jika anda ingin mengamalkan mentega kacang dalam hidangan harian anda, amalkanlah mentega kacang organik tanpa gula tambahan. 


3. Tiada garam
Mentega kacang yang sering dijual di pasar raya mengandungi garam, walaupun ianya mentega kacang organik. Oleh itu, untuk mengamalkan mentega kacang dalam hidangan harian anda, anda seharunya memilih mentega kacang yang organik dan asli sahaja kerana ia tidak mengandungi garam. Menurut American Heart Association, "high-sodium diet" boleh menyumbang kepada penyakit jantung kerana kandungan garam yang tinggi boleh meningkatkan tekanan darah anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan